Sedarkah?? Sedarlah Wahai Manusia

Manusia…
Sedarlah wahai manusia..
Dunia ini hanya satu persinggahan
Jasad yang hanya dipinjamkan
Bagi menjalani satu kehidupan
Di alam fana untuk mencari kebenaran

Manusia..
Sedarkah kamu wahai manusia..
Dunia ini hanya sebuah ilusi fatamorgana
Menduga manusia agar sentiasa mengingatiNya
Menguji manusia supaya memohon bantuanNya
Menimpa bala supaya mengharap rahmatNya

Manusia..
Sedarlah wahai manusia..
Bila-bila sahaja jasadmu akan meninggalkan dunia
Tidak akan kamu terfikir bila ia menelan usia
Kerana di Luh Mahfuz telah tertulis semuanya
Bersediakah kamu akan tiba saatnya?

Manusia..
Sedarkah kamu wahai manusia..
Ada dunia yang abadi di sana..
Hanya menanti mereka yang mengharap redhaNya
Yang menghalalkan apa yang dihalalkanNya
Mengharamkan apa yang diharamkanNya..

Manusia..
Sedarlah wahai manusia..
Takkan kau temui cinta sejati melainkan cinta Ilahi
Syukurilah nikmatNya dengan puji-memuji
Bersihkan jiwa sucikan hati
Agar dirimu perolehi kebenaran hakiki yang abadi

0 comments:

Post a Comment