Kasihnya Ibu.. membawa ke Syurga..
Kasihnya saudara, masa berada..
Berkorban nyawa, tanda kasihnya..
Berkorban raga, rela binasa..
Dan kasih anaknya, berkorban nyawa..
Biar pun jiwa, akan tersiksa..
Ikhlas dan rela, asal kau bahagia..
Tanpa aku berkata, mak telah merasai keperluan ku (cth: pulus) keh3.. Mungkin ku malu menyatakan hasrat atau menunggu keadaan mendesak untuk ku meminta, tetapi mak.. telah bekalkan tanpa perlu ku suarakan.. istimewanya mak..huuuu...
Naluri ibu..merasai sesuatu apa yang berlaku pada anaknya, 'connection' ibu dan anak, hanya seorang yang bergelar ibu/mak/ummi/mama yang tahu..
Masa ku masih berdarah muda..imbas kembali..
Walaupun kadang2 aku membuat mak terasa hati
Ku tahu mak hanya pendamkan dalam hati
Walaupun ku tahu mak susah hati
Ku tetap degil buat tak peduli..
Mak hanya merestui..
Kerana tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini..
Huuuhuhuu..mak..kaulah Ibu Mithali..
Bila umur semakin meningkat dan matang baru ku merasa, sedar diri..bila melihat sahabat-sahabat kehilangan ibu atau bapa..aku ingin berjasa selagi hayat mak ada..bila pulang kampung, tidak lupa ku kucup tangan mak, peluk mak. Buat sesuatu yang mak minta, atau pun yang mak kias-kias tu faham2 jelaaa..heehee..mak..ku anak tidak pernah lupa, kesukaanmu ku masakkan..hehe.. setiap kali aku memerlukan sesuatu maklah yang ku cari. Bila ku dalam keresahan..kebuntuan, maklah tempat ku mengadu. Bila ku mengadu, mak sering menasihatiku.. antaranya, mak kata: “buat tak tau jeh!serah pd Allah, selalu mengharap padaNya” huu.. baik mak..ku menurut kata2 mu..hehe
Betapa besarnya pengorbanan ibu, mengandungkan kita, melahirkan kita, membesarkn kita sehingga menjadi orang yang berguna. Betapa tingginya martabat seorang ibu sehingga dalam hadis Sahih Bukhari telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab baginda: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab baginda: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab baginda: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab baginda: "Kemudian itu bapamu."
Oleh itu, sahabatku.. berbaktilah dan berjasalah kepada ibu..selagi nyawanya dikandung badan dan ketahuilah bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu..sungguhpun begitu tidak lupa juga kepada bapa / ayah / abah.. heee..
Iklan >> Betapa tingginya darjat ibu ni..sehinggakan diberi nama ibu di segenap segi hal contoh ibu jari, ibu pejabat, ibu sawat, ibu...... ummul quran.. dan sebagainya..
Wassalam..
1 comments:
ele ni mesti blog odah gedikk..cam ler aku tak taw...
Post a Comment