Caramel Puding..nyumy..

Caramel puding sejenis pencuci mulut atau 'desert'. Bagi mereka yang tidak mengenali rupa caramel ni, ku lampirkan gambarnya.(hehe..baru lepas buat nih..huhuu)



Nampak sedap tak? nyum..nyum.. mudah saja cara membuatnya. Oleh kerana bahannya daripada telur dan susu, menyebabkan sesetengah puding mempunyai rasa atau bau sedikit hanyir, jadi ku telah menokok atau menambah bahan lain seperti esen vanila. Selain itu, pengalaman membuat puding ni ada juga puding yang terlalu lembik dan ku juga telah menambah sedikit bahan lain seperti tepung kastard. (hehehe) Oleh itu, bagi mereka yang teringin merasa dan mencuba, ku sertakan resepinya.

Bahan-bahannya:
  1. Telur 5/6 biji
  2. Esen Vanila - 1 sudu
  3. Susu cair - 1 tin
  4. Air - isipadu 1 tin susu tadi
  5. Tepung kastard - 1 sudu
  6. Gula - 2 sudu
  7. Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Pukul telur bersama esen vanila.
  2. Masukkan bahan-bahan selebihnya seperti tersenarai di atas;
  3. dan kacau sebati..tinggalkan adunan ni sebentar.

Seterusnya, puding ini dimakan bersama gula hangus. Jadi ada 2 teknik membuat gula hangus, kerana ada 2 cara puding dimakan. Gambar di atas menggunakan teknik kedua.

Teknik 1 (Gula hangus diasingkan daripada bahan puding)

  • 1 cawan gula dimasak atas api perlahan (paling kecil) sehingga warna gula berubah perang dan gula habis cair. Kemudian masukkan sedikit air panas. Kacau dan siap... (hehe)
  • Jadi, adunan puding tadi diletak dalam loyang atau bekas yang sesuai, dikukus antara 10-15 minit.
  • Gula hangus tadi bolehla dimakan bersama caramel puding.

Teknik 2 (Gula hangus dikukus bersama puding)

  • Gunakan loyang, letak atas api perlahan (paling kecil), masak gula anggaran 1/6 loyang sehingga berubah warna perang dan gula habis cair. Siap..
  • Masukkan adunan puding tadi ke dalam loyang yang berisi gula hangus tersebut.
  • Kukuskan antara 10-20 minit. Selesai..

Nak lebih sedap sejukkan dalam peti sejuk dan bolehla dimakan dengan rasa yang lebih mantap! (hehehee). Selamat Mencuba...Chai You!

Pujian dan Kejian


Renungan Bersama..

Petikan Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216 yang berbunyi seperti diatas. Maksudnya : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah baju aku nak kering.." Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan? Bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai orang mendapat sumber rezeki. Tetapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata-kata pujian. Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dan kemiskinan itu keburukan atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu-satu perkara itu satu keburukan. Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tetapi hanya nampak keburukan padanya.

Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan PUJIAN MERUPAKAN RACUN MANAKALA KEJIAN ADALAH PENAWAR DALAM MENJANA KEHIDUPAN. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan. Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal. Malah apa saja yang kita tidak suka itu kita anggap sebagai keburukan. Apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan. Misalnya, dapat isteri yang baik tetapi tidak cantik dianggap satu kekurangan bagi yang sudah beristeri, bukan satu kebaikan. Begitu juga isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tetapi miskin dan kolot serta selekeh, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar bersembunyi sudah terang lagi bersuluh. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun Allah telah berjaya memberinya kebaikan disamping keburukan dalam hidup di dunia.


Cuba imbas kembali..detik-detik yang membuatkan kita sedih, seperti kehilangan atau ditinggalkan atau meninggalkan. Pasti ada hikmah disebaliknya yang membawa kepada satu senyuman, renungkanlah.. InsyaAllah sekiranya hati yakin kepadaNya. Sentiasalah mengharap padaNya Allah Yang Esa..


Wallahua'lam..segala yang buruk datang dari diri saya, yang baik itu dariNya jua..

Rahsia karipap rangup!

krup..krup..nyum2 sedap...bagi sesape yang memang suka beno dengan kuih karipap..
ku boleh bagikan resepinya..mudah ajaa..terlalu mudah..

Bahan Inti:
  1. Kentang - 1 kilo (dipotong dadu)
  2. Rempah kari ikan (1/2 rempah baba's + 1/2 rempah adabi)
  3. Udang kering - lebih kurang 1/2 genggam (ditumbuk/dikisar/xyah wat pape) haha
  4. Gula (3 - 4 sudu)
  5. Garam secukup rasa
Bahan Kulit Karipap (Doh):
  1. Tepung gandum - 1/2 kilo
  2. Minyak masak - 1/2 cawan - ni bahan rahsianya..haha
  3. Air garam - secukup rasa
Cara-caranya:
Inti
  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumis rempah (api jangan terlalu besar, hangit kang!)
  3. Masukkan air + kentang + garam + gula
  4. Sekiranya air sudah kering tetapi kentang belum empuk, masukkan air lagi sehingga empuk dan kering. siap! (biasanya tambah air sekali jeh)

Kulit (Doh)

  1. Gaul rata tepung dan minyak (sehingga boleh dikepal) jika tidak tambah sedikit minyak lagi.
  2. Masukkan air garam, dan adun sampai licin permukaannya.

Seterusnya, masukkan inti dalam tepung yang diuli (kalau guna mesin tu ambil saiz 4 baru besh..rangup..hehe).. dan goreng dalam api yang sederhana.

Sekiranya ingin simpan dahulu atau teringin makan masa panas sahaja, goreng separuh dahulu. Kemudian masa teringin makan goreng buat kali kedua. siap!

Adunan ini anggaran 30-40 ketul..macam nak jual je..pandai2 laa..heheheheheehehe