Pujian dan Kejian


Renungan Bersama..

Petikan Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216 yang berbunyi seperti diatas. Maksudnya : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah baju aku nak kering.." Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan? Bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai orang mendapat sumber rezeki. Tetapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata-kata pujian. Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dan kemiskinan itu keburukan atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu-satu perkara itu satu keburukan. Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tetapi hanya nampak keburukan padanya.

Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan PUJIAN MERUPAKAN RACUN MANAKALA KEJIAN ADALAH PENAWAR DALAM MENJANA KEHIDUPAN. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan. Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal. Malah apa saja yang kita tidak suka itu kita anggap sebagai keburukan. Apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan. Misalnya, dapat isteri yang baik tetapi tidak cantik dianggap satu kekurangan bagi yang sudah beristeri, bukan satu kebaikan. Begitu juga isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tetapi miskin dan kolot serta selekeh, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar bersembunyi sudah terang lagi bersuluh. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun Allah telah berjaya memberinya kebaikan disamping keburukan dalam hidup di dunia.


Cuba imbas kembali..detik-detik yang membuatkan kita sedih, seperti kehilangan atau ditinggalkan atau meninggalkan. Pasti ada hikmah disebaliknya yang membawa kepada satu senyuman, renungkanlah.. InsyaAllah sekiranya hati yakin kepadaNya. Sentiasalah mengharap padaNya Allah Yang Esa..


Wallahua'lam..segala yang buruk datang dari diri saya, yang baik itu dariNya jua..

2 comments:

Silent_Hunter said...

Kadang kala kita sedih,kecewa,terluka......
Tapi jauh diatas sana.....
DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita...erm..

NurQalbun said...

yahh..pe yg t'bentang..pe yg bakal diharungi..sume telah ditentukanNya..segalanya adalah yg t'baik..
ikhlaskan hati..yakin pdNya..mengharap redhaNya dalam pe jua tindakan..

Post a Comment