Fikirkanlah..wahai manusia..

Tahukah kamu apa yang membezakan manusia dengan makhluk lain? Mustahil jika ada yg menyatakan tidak tahu, tidakkah kamu b’fikir?? kerana kamu tergolong dalam kumpulan yg berakal. AKAL yang membezakan manusia dengan makhluk selainnya..
Sedarkah kita peranan akal yang dikurniakan Allah SWT?? Tidaklah dijadikan sesuatu itu sia-sia supaya kamu (manusia) berfikir...jadi fikirkanlah..jangan malas-malas..

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Surah A-li ’Imraan: 191)

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dgn turunya hujan), dan Ia menurunkan hujan dr langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.” (Surah Ar-Ruum: 24)

Fikirkanlah..setiap sesuatu itu sudah pasti ada hikmah di sebaliknya..pernah terfikirkah kita..kenapa berlakunya kejadian yg bertubi2 menimpa dunia kini??cthnya kejadian tsunami, dunia politik yang tidak berlandaskan Islam dan lebih bersifat liberalisme. Kepimpinan yg tidak terkawal.. kerana manusia lebih mengharapkan nikmat duniawi..sesuatu yg berada di depan mata, yang terzahir, nyata dan jelas pada pndangan mata..sememangnya itulah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kesenangan dan kemewahan, nikmat yang zahir, sedangkn telah dijanjikan nikmat di hari kemudian adalah abadi.

Dijadikan sesuatu kejadian itu, tiada lain melainkan supaya manusia berfikir.. Supaya manusia igt padaNya.. supaya manusia bersyukur kerana masih berkesempatan perbaiki diri. Supaya manusia sabar menghadapinya.. supaya manusia sedar dan kenali diri sndiri.. supaya mnusia belajar dari kesilapan, supaya mnusia mengambil pengajaran/iktibar setiap yang berlaku itu. Gunakan pancaindera dan fikirkanlah.. Firman Allah SWT yang bermksud: “Allah memberikan Hikmat Kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yg m’gunakan akal fikirannya.” (Surah al-Baqarah: 269)

Tetapi manusia mudah lupa..lupa siapa dirinya, lupa asal kejadiannya..menyatakan semuanya adalah dari hasil usaha kekuatannya, tanpa pertolongan sesiapa.. Maka, sangat sedikit manusia yang bersyukur atas nikmat yg dikurniakan Allah ke atas dirinya. Semuanya telah tersurat dlm al-Quran yg b’mksud: “Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu b’syukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (Surah As-Sajdah: 9).

Dengan itu, sedarlah dan kenali diri..siapa diri kita sebenarnya..hanya seorang hamba yang hina lagi kerdil, hanya Allah yg Maha Berkuasa Pencipta alam semesta. Fikirkanlah...setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya...bersyukurlah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya (amar makruf nahi mungkar).. insyaAllah selamat..

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment