Spageti..ohh spageti..slurpp..

Setiap kali ku pulang ke kampung, adikku sering meminta itu, katanya sedappp..slurppp..huu ye ke??hahhaahaa.. Oleh itu, hari ini terasa ingin membongkar satu rahsia, satu resepi masakan Itali yang ku ubah menjadi masakan Malaysia..hehe..Inilah dia resepi kuah SPAGETI..huu.. Kebiasaannya, ibu-ibu atau mak-mak xpun kakak-kakak selalu menggunakan ‘PREGO’, satu jenama yang tidak asing untuk masakan Itali..sos spageti salah satunya.. Jadi, bagi mengelakkan menggunakan sos tersebut, mungkin kerana harga yang mahal ataupun rasa yang sama dan anda ingin mencuba rasa yang berbeza.. Di sini ku ingin berkongsi satu resepi masakan yang telah diinovasikan..ini laa resepinya..heee

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • Cili kering / cili boh – 1/2 mangkuk
  • Bawang besar – 3 ulas
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Halia – 1 inci
  • Garam dan gula secukup rasa

    Bahan B
  • Isi ayam – ½ mangkuk (bland hancur)
  • Lobak merah (carrot) – 2 mangkuk (bland hancur)
  • Tomato puree - 1 tin kecil

    Bahan C
  • Cendawan butang (selalu guna jenama REX - gold)
  • Kobis bunga
  • Tepung jagung – 2 sudu

Cara-caranya:
Ada 2 cara masak bahan A
1. Bland hancur semua bahan A dan tumis sampai garing; atau
2. Bland bawang putih dan bawang besar, tumis dahulu sampai naik bau, dan masuk halia kemudian masukkan cili boh / cili kering yang sudah dihancurkan..tumis sampai garing juga (kuantiti cili bergantung kepada rasa kepedasan anda, mahu tambah lagi pun boleh, nak tambah cili api pun boleh…hee)
3. Jangan lupa, garam dan gula secukup rasa..
4. Kemudian, masuk bahan B, mengikut tertib atau aturan..dan dibiarkan didih lebih kurang 5-10min. (tomato puree juga boleh dimasukkan mengikut kuantiti rasa masam yang anda inginkan)
5. Seterusnya, masukkan cendawan butang dan kobis bunga yang dipotong kecil. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan, biarkan didih lebih kurang 5min. Selesai..
6. Spageti boleh direbus dengan air + sedikit minyak (mengelakkan ia melekat). Siap! Anggaran hidangan untuk 4 – 5 orang..

Moga resepi ini memberikan anda satu citarasa baru.. andaikata hidangan ini tidak menepati selera anda.. cuba ubah menjadi lebih baik..hehe..selamat mencuba..wassalam..

0 comments:

Post a Comment